Siapalah aku?Aku adalah aku yang tidak akan menjadi atau meniru orang lain...salah ke kalau aku buatan gombak?
semalam itu ILUSI. Waktu yg telah lepas. Esok itu FANTASI. Tidak tahu apa sebenarnya yg akan terjadi. Utamakan saat ini kerana saat ini adalah REALITI.

Ya Allah....sesungguhnya...Aku lemah tanpa petunjukMu...Aku buta tanpa bimbinganMu...Aku cacat tanpa hidayahMU...Aku hina tanpa rahmatMU...Ya Allah...Aku selalu membuat dosa...Aku sering melakukan kesalahan...dengan rahmatMu...engkau ampunkanlah dosa-dosaku...kuatkan hati dan semangatku...tabahkanlah aku menghadapi cubaanMu...bukalah hatiku untuk menghayati agamaMU...bimbinglah aku...Ya Allah....Hanya padaMu kupohon segala harapan...kerana aku pasrah dengan dugaanMU...kerana aku sedar hinanya aku...kerana aku hamba yang lemah yang sering keliru...kerana aku leka dengan keindahan duniaMu...kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMU...kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...Ya Allah....aku hanya ingin menjadi hamba yang di rahmati...hamba yang dikasihi...hamba yang soleh....Rabbanna atina fidunyia hassanah wafil akhiratti hassanah waqinna azabbannar........


KASUT AKU BUATAN GOMBAK,
AKU RASA IANYA LEBIH BAIK DARI
BUATAN LUAR NEGARA..
Dibuat di kilang
simpang tiga batu 6 Gombak.Nak beli sila call:0123456789

Friday, February 16, 2007

Assalamualaikum wbt....



Rasanya telah begitu lama iNSaN KAMiL ini menyepikan diri.Bukannya apa cuma insan ini dipilih untuk menjadi tetamu Allah swt dan mengabdikan diri menghadap illahi di Mekah......

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

"sesiapa telah mencapai usia 40 tahun, sedangkan kebaikannya tidak dapat mengalahkan kejahatannya (yakni kejahatannya masih lebih banyak daripada kebaikkannya), maka bersiap sedialah untuk mengambil tempatnya di neraka."



Tiada apa yang dapat aku ceritakan tentang situasi dan keadaan di Madinah dan Mekah kerana ianya terlalu istimewa dan hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu apa keistimewaannya... Cuma apa yang dapat aku kongsikan disini ialah tentang bagaimana di Mekah aku belajar tentang pentingnya keikhlasan semasa melakukan solat, kesabaran dalam menghadapi ujian Allah s.w.t dan tentang bagaimana seharusnya kita tidak patut berprasangka buruk terhadap orang lain...

31/11/2006 - Aku menaiki pesawat MAS dari KLIA menuju ke Madinah. Perjalanan 8jam itu aku rasakan begitu lama apatah lagi aku dan isteriku duduk berasingan, lantaran itulah aku memikirkan tentang anak-anak, hartabenda, kawan-kawan dan segala macam benda yang aku tinggalkan di tanahair....... apabila teringat bahawasanya aku dalam perjalanan untuk berjihad dan berkorban demi meninggikan kalimah Allah Hiyal 'Ulya, teringatlah aku akan surah Al-Sof ayat 10 - 11; firman Allah yang bermaksud "wahai orang-orang yang beriman, mahukah aku tunjukkan kepada kamu sejenis perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada seksaan yang pedih, (iatu hendaklah) kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan diri kamu, itulah yang lebih baik untuk kamu jika kamu mengetahui."


Aku berada di Madinah Al Munawarah selama 8hari dan selama itulah aku mengabdikan diri untuk merebut peluang bersolat jemaah 40 waktu solat di dalam masjid Nabawi. Aku menginap di Hotel Mawwaddah bersama-sama tiga orang yang lain yangmana salah seorang dari mereka adalah OKU. Aku sempat untuk berdoa dan bersolat didalam 'raudah' sebanyak 4 kali biarpun manusia begitu ramai berebut-rebut untuk mendapatkan peluang itu.Pada o8hb. November, 2006 selepas waktu Isyak, kami bertolak meninggalkan kota Madinah untuk pergi ke kota Mekah Al Mukarramah bagi melengkapkan umrah dan haji ku.Aku berihram di hotel dan berniat umrah 10minit selepas bas yang membawa kami untuk ke Mekah bertolak. Ketika di dalam bas aku tidak banyak bercakap dan hanya bertalbiah sahaja sepanjang 6 jam perjalanan kami.Kami sampai di Kota Mekah Al mukarramah lebih kurang jam 8.30 pagi(o9hb.nov.2006) dengan selamatnya tanpa ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku. Disinilah segala-galanya bermula yang akan aku ceritakan bukan untuk membuka pekung didada mahupun mengaibkan sesiapa tetapi untuk dijadikan pedoman. Setibanya di Mekah aku dan isteriku juga beberapa jemaah yang lain memasuki bilik masing-masing yang telah ditetapkan.

Aku dan isteriku kemudian memasuki masjidil haram buat pertama kalinya dalam hidup kami untuk melakukan tawaf umrah kerana kami melakukan haji tamattuk. Disinilah aku diuji oleh Allah s.w.t dimana aku tidak dapat untuk berpisah dengan isteriku, dalam ertikata yang lain aku ingin sentiasa setiap saat ingin isteriku berada disampingku sedangkan aku tahu itu tidak mungkin kerana kami tidur dibilik yang berasingan. Hari pertama di Mekah aku terpaksa tidur di dalam Masjidil Haram kerana hanya itulah saja caranya isteriku boleh balik kebiliknya. Aku menjadi seperti anak kecil yang kehilangan ibunya jika tidak melihat wajah isteriku melainkan jika aku berada dalam masjidil haram. Perkara ini berlanjutan beberapa hari, mujurlah kawan-kawan sebilik aku dan kawan-kawan sebilik isteriku memahami situasi aku. Apabila aku renungkan dan aku amati betul betul kenapa Allah s.w.t menguji aku sebegini rupa, barulah aku teringat sewaktu aku melakukan tawaf kali yang pertama itu ada aku melihat satu pasangan suami isteri yang juga sedang melakukan tawaf dan dikala itu terdetik dihati aku... cuma ianya terdetik... "takkan tak boleh lepas isteri barang sesaat pun untuk melakukan tawaf"... Hanya itulah saja kesilapan aku dan Allah s.w.t lantas menguji aku agar aku dapat rasakan bagaimana rasanya jika tidak dapat berpisah dengan isteri. Allah s.w.t mengajar aku agar tidak menyangka yang bukan-bukan pada orang lain.....


Menyedari ini adalah ujian Allah s.w.t kepadaku, aku melakukan tawaf sunat dan sembahyang sunat taubat beberapa kali untuk memohon keampunan dari Allah s.w.t diatas keceluparan hatiku itu. Beberapa hari aku lakukan semua itu namun aku masih macam itu, tidak dapat tidak mesti ingin melihat wajah isteriku. Air penawar ustaz dah berbotol-botol aku minum sampai kembung perut ni pun aku masih begitu. Aku pun renung kembali kenapa tuhan masih tidak memaafkan aku... aku kemudian keluar berjalan-jalan tanpa haluan seorang diri dari hotel untuk menenangkan hati dan ketika sampai disuatu tempat, aku melihat sesuatu yang membuat aku sedar kenapa tuhan tidak memakbulkan permintaanku....

Aku lantas dengan segera balik menuju ke masjidil haram dan sekali lagi aku melakukan solat sunat taubat dan dalam doaku aku ada menyebut " ya allah... jika ini adalah ujianmu pada ku, maka aku redha menerimanya..." Sekali lagi Allah s.w.t mengajar aku agar ikhlas dalam melakukan ibadat solat, jangan solat semata-mata kerana inginkan sesuatu, seperti aku solat sebelum ini kerana inginkan Allah s.w.t pulihkan keadaan aku seolah-olah aku tidak redha menerima ketentuan dariNya.


Allah benar janjinya... Yang hilang tidak bermakna binasa, allah menentukan segalanya. Aku belajar agar sentiasa redha dengan apa saja ketentuan Allah padaku dan keluargaku. Itu hanya sedikit saja ujian Allah s.w.t kepada ku, jika kita hitung Allah cuma ambil sedikit saja keselesaan hati ku dibanding dengan banyak mana yang telah Allah beri nikmatNya kepada ku. Ada jemaah lain yang diuji dengan kematian ahli keluarga, yang diuji dengan kehilangan akal, kehilangan kudrat dan macam-macam lagi ujian Allah s.w.t yang lebih berat daripada ujian ku. Sekali lagi aku belajar dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit saja dari kurnia-Nya mengapa kita harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah s.w.t tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain, tidak mustahil... apa yang aku alami membuatkan aku dapat melihat betapa isteriku sanggup berkorban apa sahaja demi untuk melihat hati aku gembira, dia sanggup lakukan apa saja agar aku dapat melakukan ibadat dengan tenang. Aku sekali lagi dapat melihat betapa kasih sayang isteriku kepadaku.
Berlapang dada kepada Allah s.w.t, Dia yang menentukan segalanya... yakinlah!

Keyakinan kita kepada Allah, Pencipta, Tuhan yang telah memberikan segala apa sesuatu kepada kita. Semua mereka yang telah menemui Allah s.w.t adalah mereka yang tenang, mereka yang sentiasa ingat kepada Allah, yang menyebut nama Allah, akan lahirlah ketenangan di hati mereka..... Hilang segala keresahan... hilang segala kedukaan...




"jika kita redha dengan ujian Allah swt, maka Allah swt akan redha dengan kita..."



Moral:Pertama:
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.


Ketiga :
Tiada yang mustahil bagi Allah!


Keempat :
Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedangkan kita kurang prihatin untuk mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SOLAT 5 WAKTU ,menyegerakan & menyempurnakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan....

Mudah-mudahan Allah redha dengan apa yang kita buat ( ",) ..AMIN
iNSaN KaMiL



Surah Al-Maidah 8:9
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana ALLAH lagi menerangkan kebenaran; dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. ALLAH menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar..."