Siapalah aku?Aku adalah aku yang tidak akan menjadi atau meniru orang lain...salah ke kalau aku buatan gombak?
semalam itu ILUSI. Waktu yg telah lepas. Esok itu FANTASI. Tidak tahu apa sebenarnya yg akan terjadi. Utamakan saat ini kerana saat ini adalah REALITI.

Ya Allah....sesungguhnya...Aku lemah tanpa petunjukMu...Aku buta tanpa bimbinganMu...Aku cacat tanpa hidayahMU...Aku hina tanpa rahmatMU...Ya Allah...Aku selalu membuat dosa...Aku sering melakukan kesalahan...dengan rahmatMu...engkau ampunkanlah dosa-dosaku...kuatkan hati dan semangatku...tabahkanlah aku menghadapi cubaanMu...bukalah hatiku untuk menghayati agamaMU...bimbinglah aku...Ya Allah....Hanya padaMu kupohon segala harapan...kerana aku pasrah dengan dugaanMU...kerana aku sedar hinanya aku...kerana aku hamba yang lemah yang sering keliru...kerana aku leka dengan keindahan duniaMu...kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMU...kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...Ya Allah....aku hanya ingin menjadi hamba yang di rahmati...hamba yang dikasihi...hamba yang soleh....Rabbanna atina fidunyia hassanah wafil akhiratti hassanah waqinna azabbannar........


KASUT AKU BUATAN GOMBAK,
AKU RASA IANYA LEBIH BAIK DARI
BUATAN LUAR NEGARA..
Dibuat di kilang
simpang tiga batu 6 Gombak.Nak beli sila call:0123456789

Saturday, December 26, 2009

Muhammad Fahim di usia 1 Bulan....

Assalamualaikum.......
Saya Muhammad Fahim......sekarang umur saya telah mengjangkau 1 bulan......doakan saya agar menjadi insan yang berguna kepada agama,masyarakat dan keluarga....
Terima kasih buat semua keluarga terutama ibu yang sentiasa memberikan kasih sayang mereka kepada saya....
Wassallam......


Saturday, November 21, 2009

Muhammad Fahim


Assalamualaikum......
Nama saya Muhammad Fahim.
Dilahirkan pada Jumaat 03 zulhijjah 1403 (20/11/09) tepat pada jam 06.59 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Terima kasih buat ayah dan ibu juga kakak dan abang-abang yang telah dengan penuh bersusah payah untuk menunggu kelahiran saya sejak dari jam 07.30pagi lagi....
Buat semua hamba allah, doakanlah saya agar menjadi mukmin sejati....... Wassalam......

Thursday, August 20, 2009

Ustaz Asri, Pergi Tak Kembali...


Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Monday, August 17, 2009

PELABURAN YANG MUDAH DAN MURAH

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan
"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur .
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat -
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran -
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3kali.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "saya sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda -
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati
"Ya, Allah cuci otak ku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".

Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8)Berpuasa -
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan -
jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

CUBALAH!!!

...wallahua'lam...

Sunday, August 16, 2009

Ya Allah, Rahmatilah aku dengan Al-Quran


Ya Allah...,Rahmatilah aku dengan Al-Quran, jadikanlah ia sebagai pemimpin cahaya petunjuk dan rahmat bagiku...
Ya Allah...,Ingatkanlah apa yang aku lupa daripadanya, berikanlah aku ilmu yang belum aku ketahui mengenainya, anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya ditengah malam dan penghujung siang, jadikanlah ia sebagai hujjah bagiku wahai tuhan seru sekelian alam...
Ya Allah...,perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku,perbaikilah bagiku duniaku kerana didalamnya aku hidup, perbaikilah bagiku akhiratku kerana ia tempat kembaliku...
Ya Allah...,jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku dari segala kejahatan...
Ya Allah...,jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghabisannya dan sebaik-baik amalanku adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagiku adalah hari berjumpa denganMu
Ya Allah...,aku memohon kepadaMu kehidupan yang tenteram,kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan tidak membuka aib...
Ya Allah...,aku memohon kepadaMu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa ,sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian...
teguhkanlah aku, beratkanlah timbangan kebaikanku, teguhkanlah keimananku, tinggikanlah kejayaanku, terimalah sembahyangku, ampunilah segala kesalahanku, aku mohon ketinggian syurga...
Ya Allah...,aku memohon kepadaMU keharusan mendapat rahmatMU dan keteguhan pengampunanMu,keselamatan dari segala dosa, kejayaan dari semua kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka...
Ya Allah...,perbaikilah hayatku dalam segala perkara, selamatkanlah aku dari kenistaan hidup didunia dan seksaan akhirat...
Ya Allah...,anugerahkanlah bagiku ketakutan kepadaMu yang dapat menghindarkan aku dari berbuat maksiat kepadaMu, ketaatan yang dapat menyampaikan aku kepada syurgaMu, keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpaku, berilah kenikmatan kepadaku dengan pendengaran, penglihatan dan kekuatan ku selama hidup ku, jadikanlah ia sebagai peninggalan ku, jadikanlah pembalasan ku kepada orang yang menzalimi ku...
Ya Allah...,tolonglah aku menghadapi orang yang memusuhiku, janganlah engkau jadikan dunia sebagai kehendakku yang paling besar dan pengetahuan paling akhirku, janganlah engkau beri kekuasaan atasku kepada orang yang tidak mengasihiku...
Ya Allah...,janganlah engkau tinggalkan dosa-dosa padaku melainkan engkau telah mengampuninya, janganlah engkau tinggalkan kesusahan kepadaku melainkan engkau telah menggembirakannya, janganlah engkau tinggalkan hutang-hutang kepadaku melainkan engkau telah menunaikannya dan janganlah engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat padaku melainkan engkau telah menunaikannya wahai Zat yang maha mengasihani...
Ya Allah...,berikanlah kepada ku kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat dan selamatkanlah aku dari seksaan api neraka, semoga engkau melimpahkan selawat dan salam kepada junjungan kami Muhammad s.a.w dan kepada keluarganya dan para sahabatnya....Amin, ya Rabbal alamin...

Saturday, August 15, 2009

Andai ku tahu......

12hb. Ogos, 2009....

Seperti biasa aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja aku pagi itu. Entah kenapa pagi itu perasaan malas menerpa diriku hari tiu. Rasa malas betul nak gi kerja. Mungkin kerana aku telah bercuti 5hari sebelum itu.

Pagi itu hujan lebat, setelah menunggu beberapa ketika, jam 9.00am, hujan berhenti. Pagi tu aku tukar motor aku dgn anakku kerana pada sebelah petangnya aku nak perbaiki sedikit kerosakan pada motornya.

Aku menunggang dengan berhati-hati, setibanya aku di satu selekoh dijalan kelab golf berhadapan dengan bangunan rozali(syabas) tiba-tiba aku terasa badanku terseret atas jalanraya....ya allah! aku dan motor terjatuh rupanya....dalam pada itu aku terdengar seperti sesuatu membrek dibelakang ku, aku dengan segera menggulingkan badanku ketepi 'divider' kerana bimbang kenderaan dibelakang ku merempuhku.

Ya Allah! rupanya sebuah lagi motorsikal RXZ juga terjatuh mungkin kerana mengelakkan aku yang terjatuh mula-mula tadi, dan........sebuah proton wira juga telah merempuh motorsikal itu.

Aku terasa sakit di bahu dan lutut ku, ada sebuah kereta kembara memberhentikan kereta beliau dan menawarkan diri untuk menghantar kami ke klinik berdekatan...
Aku menolak bantuan itu kerana aku rasa masih boleh pulang sendiri kerumahku...mamat yg bawak RXZ tu kemudian dibawa ke klinik kerana melihat keadaan beliau lebih parah dariku.

Aku buat pemeriksaan di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) dan doktor mendapati tulang bahu ku retak dan sendiku renggang sebanyak 5cm......
Aduh....bercutilah aku untuk beberapa lama.......... terharu gak kawan-kawan hantar "fruit basket" kat umah....terima kasih semua.


alhamdulillah tuhan itu masih memberi aku peluang untuk beribadah kepadaNya.......






Sunday, June 21, 2009

Lelaki Dayus

SIAPA LELAKI DAYUS ?

SEPERTI NABI S.A.W BERSABDA YANG MAKSUDNYA,

"TIGA GOLONGAN YANG ALLAH TIDAK AKAN MELIHAT (BERMAKNA TIADA BANTUAN DARI DIKENAKAN AZAB) MEREKA DI HARI KIAMAT IAITU SI PENDERHAKA KEPADA IBUBAPA. SI PEREMPUAN YANG MENYERUPAI LELAKI DAN SI LELAKI DAYUS" (RIWAYAT AHMAD & AN-NASAIE : ALBANI MENGESAHKANNYA SAHIH : GHAYATUL MARAM, NO 278)

ERTI HADITH LAIN PULA YANG MENYEBUTKAN PERKARA YANG SAMA: "TIGA YANG TELAH ALLAH HARAMKAN BAGINYA SYURGA IAITU ORANG YANG KETAGIH ARAK. SI PENDERHAKA KEPADA IBUBAPA DAN SI DAYUS YANG MEMBIARKAN MAKS1AT DILAKUKAN OLEH AHLI KELUARGANYA ". (RIWAYAT AHMAD)

ERTI DAYUS ?

BERKATA NABI S.A.W,

DAYUS ITU BERERTI ORANG YANG TIDAK MEMPEDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA). (RIWAYAT AT-TABRANI: MAJMA AZ-ZAWAID, 4/327 DAN RAWINYA ADALAH THIQAT).

HURAIANNYA ADALAH SUAMI ATAU BAPA YANG LANGSUNG TIADA PERASAAN RISAU DAN AMBIL ENDAH DENGAN SIAPA ISTERINYA DAN ANAKNYA BERSAMA, BERTEMU MALAH SEBAHAGIANNYA MEMBIARKAN SAHAJA MEREKA-MEREKA ITU DIPEGANG DAN DIPELUK OLEH SEBAHAGIAN LELAKI LAIN ATAS ALASAN CINTA DAN KASIH PADA ISTERI DAN ANAKNYA DISAMPING MENJAGA HATI KEAKRABAN PERSAHABATAN ISTERI DAN ANAKNYA ITU. AUZUBILLAH.........

CONTOH LAINYA WALAUPUN SEKADAR BERJABAT DIANTARA BUKAN MUHRIM KERANA PERNIAGAAN , URUSAN PEJABAT ATAU SUATU PERTEMUAN BIASA JUGA ADALAH BERDOSA.

MENURUT TAFSIRAN OLEH PARA ULAMA MENGENAI ISTILAH DAYUS ITU IALAH SESEORANG LELAKI YANG TIADA CEMBURU KERANA AGAMANYA TERHADAP ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA. (AN-NIHAYAH. 2/147 : LISAN AL-ARAB, 1/150)

IMAM IBN QAYYIM PULA BERKATA YANG ERTINYA: "SESUNGGUHNYA ASAL DALAM AGAMA ADALAH PERLUNYA RASA AMBIL BERAT ATAU KECEMBURUAN TERHADAP AHLI KELUARGANYA DAN BARANGSIAPA YANG TIADA PERASAAN INI MAKA ITULAH TANDA TIADA AGAMA DALAM DIRINYA KERANA PERASAAN CEMBURU INI MENJAGA HATI DAN MENJAGA ANGGOTA SEHINGGA TERJAUH DARI KEJAHATAN DAN PERKARA KEJI. TANPANYA HATI AKAN MATI MAKA MATILAH JUGA SENSITIVITI ANGGOTA TERHADAP PERKARA HARAM SEHINGGA MENYEBABKAN TIADANYA KEKUATAN UNTUK MENOLAK KEJAHATAN DAN MENGHINDARKANNYA SAMA SEKALI."

HUKUMNYA.

ULAMA ISLAM JUGA BERSETUJU UNTUK MENGKATEGORIKAN DAYUS INI DALAM BAB DOSA BESAR, SEHINGGA DISEBUTKAN DALAM SATU AHTAR YANG MANA ERTINYA,

"ALLAH TELAH MELAKNAT LELAKI DAYUS (LAKNAT BERMAKNA IA ADALAH DOSA BESAR DAN KERANA ITU WAJIBLAH DIPISAHKAN SUAMI ITU DARI ISTERINYA DAN DIHARAMKAN BERGAUL DENGANNYA (MATALIB ULI NUHA, 5/320)

CEMBURU DITUNTUT ISLAM & JANGAN MARAH

ADA ISTERI YANG MENYALAHKAN SUAMI KERANA TERLALU CEMBURU. MEMANG CEMBURU BUTA ITU MENYUSAHKAN. MEMANG DALAM HAL BERTANYA ISTERI ITU DAN INI AGAR TIDAK TIMBUL SOAL KEPERCAYAAN TERHADAP ISTERI. SEBENARNYA IA ADALAH MERUPAKAN TUNTUTAN DI DALAM ISLAM DAN INI MENUNJUKKAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SUAMI ITU SUBUR IMANNYA.

SELAIN ITU BERGEMBIRALAH SI SUAMI YANG MEMPEROLEHI ISTERI SOLEHAH KERANA SUAMI TIADA LAGI SUKAR UNTUK MENGELAKKAN DIRINYA DARI TERJERUMUS DALAM LEMBAH KEDAYUSAN.

INI KERANA TANPA CAMPUR TANGAN DAN NASIHAT SI SUAMI, ISTERI DAN ANAKNYA SUDAH PANDAI MENJAGA AURAT, MARUAH DAN DARINYA.MALANGNYA TIDAK MUDAH MEMPEROLEHI ISTERI SOLEHAH DI ZAMAN KEHANCURAN INI SEBAGAIMANA SUKARNYA MENCARI SUAMI YANG TIDAK DAYUS.

RINGAN-RINGAN SEBELUM KAHWIN.

HARUSLAH DITEGAH JIKA ADA ANAK-ANAK YANG KERAP MENGAJAK KAWAN-KAWAN YANG BERLAINAN JANTINANYA KE RUMAH SAMADA UNTUK JANGKAMASA SEKEJAP ATAU SEBALIKNYA.

HARUS DI KETAHUI TUJUAN MEREKA. ANAK-ANAK YANG TERBIASA DENGAN RINGAN-RINGAN INI DI KHUATIRI APABILA TELAH BERUMAH TANGGA SAMADA SISUAMI ATAU ISTERI MUNGKIN MUDAH TERJEBAK DALAM RINGAN-RINGAN DENGAN ORANG LAIN PULA.....

HANYA DENGAN BERTAUBAT NASUHA DAPAT MENGHALANG AKTIVITI MUNGKAR ITU DARI MELEPASI ALAM RUMAHTANGGA MEREKA. DIKHUATIRI GEJALA INI BOLEH MEREBAK PULA KE ANAK-ANAK MEREKA KERANA BENIH KETERLANJURAN TELAH DI SEMAI DI PERINGKAT ANAK-ANAK LAGI.

CEMBURU SEORANG SUAMI DAN AYAH ADALAH WAJIB BAGI MEREKA DEMI MENJAGA MARUAH DAN KEHORMATAN ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS ?

1) MEMBIARKAN KECANTIKAN AURAT, BENTUK TUBUH ISTERINYA DINIKMATI OLEH LELAKI LAIN SEPANJANG WAKTU PEJABAT ATAU DILUAR RUMAH.

2) MEMBIARKAN ISTERINYA BALIK LEWAT DARI KERJA YANG TIDAK DIKETAHUI BERSAMA DENGAN LELAKI APA DAN SIAPA SERTA APA YANG DIBUATNYA DIPEJABAT DAN SIAPA YANG MENGHANTARNYA.

3) MEMBIARAKAN AURAT ISTERI DAN ANAK PEREMPUAN DEWASANYA TERLIHAT SEMASA MENAIKI KENDERAAN SEPANJANG YANG MENYEBABKAN AURATNYA TERLIHAT.

4) MEMBIARKAN ANAK PEREMPUANNYA BERDATING DENGAN TUNANGNYA ATAU TEMAN LELAKI BUKAN MAHRAMNYA.

5) MEMBIARKAN ANAK-ANAK BERDUA-DUAAN DENGAN PASANGANNYA DIRUMAH KONONNYA IBUBAPA SPORTING DAN MEMAHAMINYA.

6) MENYURUH DAN BANGGA MELIHAT ISTERI DAN ANAK-ANAK MEMAKAI PAKAIAN SEKSI DILUAR RUMAH.

7) MEMBIARKAN ANAK-ANAK MEMASUKI PERTANDINGAN YANG MEROSAKKAN AKHLAK SEPERTI RATU CANTIK, NYANYIAN, BERLAKON YANG ADA PERCAMPURAN DENGAN BUKAN MUHRIM.

8) MEMBIARKAN ISTERI ATAU ANAK-ANAK BERKERJA DENGAN TIDAK MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA DI LUAR RUMAH.

9) MEMBIARKAN ISTERI DISENTUH ANGGOTA TUBUHNYA OLEH LELAKI LAINKECUALI DALAM KEADAAN DARURAT YANG DIBENARKAN.

10) MEMBIARKAN ISTERINYA BERSALIN DIBIDANI OLEH DOKTOR LELAKI SEDANGKAN PILIHAN MENGGUNAKAN KHIDMAT DOKTOR WANITA MASIH ADA.

11)MEMBAWA ISTERI DAN ANAK PEREMPUAN KEKLINIK UNTUK DIRAWATI OLEH DOKTOR LELAKI TANPA-MENDAHULUI MENCARI KLINIK YANG DIURUSKAN RAWATANNYA OLEH DOKTOR WANITA.

12)MEMBIARKAN ISTERI KERAP BERDUA-DUAAN DENGAN PEMANDU KERETA LELAKI TANPA SEBARANG PEMERHATIAN.


WAHAI PARA ISTERI DAN ANAK-ANAK PEREMPUAN, JIKA ANDA SAYANGKAN SUAMI DAN BAPA ANDA JANGANLAH ANDA MENARIK ATAU MEMASUKKAN MEREKA DALAM KATEGORI DAYUS YANG TIADA RUANG UNTUK KE SYURGA ALLAH SWT.

SAYANGILAH DIRI MU DAN KELUARGA MU. JAGAILAH MEREKA DARI API NERAKA.AKHIRNYA KEPADA PARA SUAMI DAN AYAH, PERTAHANKANLAH AGAMA ISTERI DAN KELUARGA MU WALAU TERPAKSA BERMATIAN KERANANYA. SABDA NABI S.A.W YANG ERTINYA:

"BARANGSIAPA YANG MATI DIBUNUH KERANA MEMPERTAHANKAN AHLI KELUARGANYA. MAKA IA ADALAH MATI SYAHID". (RIWAYAT AHMAD, SAHIH MENURUT SYEIKH SYUAIB ARNOUT)

JIKA KITA PANDAI, JANGAN DI TUNJUKKAN KEPANDAIAN ITU 100%.

JIKA KITA BODOH, JANGAN DITUNJUKKAN KEBODOHAN ITU 100%.

JIKA KITA JAHIL, JANGANLAH DITUNJUKKAN KEJAHILAN ITU 100%.

TUNJUKKANLAH SEKADARNYA KERANA MUNGKIN YANG DI TUNJUKKAN ITU PUNYAI KELEBIHAN MEMBACA KELEMAHAN KITA.SETIAP MANUSIA ADA KELEMAHANNYA, MAKA BERSEDERHANALAH SETIAP MASA.

"WAHAI TUHANKU ! AKU TIDAK LAYAK UNTUK SYURGA MU, TAPIAKU TIDAK PULA SANGGUP MENANGGUNG SIKSA NERAKA MU.DARI ITU KURNIAKANLAH AMPUNAN KEPADAKU, AMPUNKANDOSAKU, SESUNGGUHNYA ENGKAULAH PENGAMPUN DOSA-DOSA BESAR."

sumber: Surau Al Hidayah Seksyen 11 Shah Alam.