Siapalah aku?Aku adalah aku yang tidak akan menjadi atau meniru orang lain...salah ke kalau aku buatan gombak?
semalam itu ILUSI. Waktu yg telah lepas. Esok itu FANTASI. Tidak tahu apa sebenarnya yg akan terjadi. Utamakan saat ini kerana saat ini adalah REALITI.

Ya Allah....sesungguhnya...Aku lemah tanpa petunjukMu...Aku buta tanpa bimbinganMu...Aku cacat tanpa hidayahMU...Aku hina tanpa rahmatMU...Ya Allah...Aku selalu membuat dosa...Aku sering melakukan kesalahan...dengan rahmatMu...engkau ampunkanlah dosa-dosaku...kuatkan hati dan semangatku...tabahkanlah aku menghadapi cubaanMu...bukalah hatiku untuk menghayati agamaMU...bimbinglah aku...Ya Allah....Hanya padaMu kupohon segala harapan...kerana aku pasrah dengan dugaanMU...kerana aku sedar hinanya aku...kerana aku hamba yang lemah yang sering keliru...kerana aku leka dengan keindahan duniaMu...kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMU...kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...Ya Allah....aku hanya ingin menjadi hamba yang di rahmati...hamba yang dikasihi...hamba yang soleh....Rabbanna atina fidunyia hassanah wafil akhiratti hassanah waqinna azabbannar........


KASUT AKU BUATAN GOMBAK,
AKU RASA IANYA LEBIH BAIK DARI
BUATAN LUAR NEGARA..
Dibuat di kilang
simpang tiga batu 6 Gombak.Nak beli sila call:0123456789

Monday, April 21, 2008

AiR MATA iRiNGi PEMBUKAAN SEMULA SURAU AR RAHMAH

Seperti yang dilaporkan didalam akhbar Sinar Harian Isnin 21 April 2008

14 Rabiulakhir 1429 Bil:591 PP11200/10/2008 (010646)

Airmata iringi pembukaan semula surau Ar Rahmah ...
SHAH ALAM - Linangan airmata mengiring solat pertama pembukaan semula surau Ar Rahmah Seksyen 8 di sini selepas ditutup lapan bulan lalu.
Perasaan gembira berbaur sebak itu bermula sebaik saja bilal melaungkan azan Zuhur malah ketika bersolat jemaah terus menitiskan airmata kesyukuran ia turut disertai oleh golongan remaja dan kanak-kanak yang menyertainya.
Laungan azan dan solat Zuhur berjemaah itu adalah yang pertama sejak surau tersebut diarahkan ditutup sementara waktu oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, september tahun lalu.

Tindakan itu diambil apabila penduduk di kawasan perumahan itu dikatakan menganjurkan solat dua imam kerana tidak puashati dengan perlantikan ahli jawatankuasa baru surau berkenaan dan arahan itu berkuatkuasa sehingga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selesai menjalankan siasatan untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
Sebelum ini, JAIS pernah mengarahkan surau di Flat Tun Perak , Bandar Baru Bangi ditutup dan dipindahkan ketempat lain selepas jemaah di situ menganjurkan solat dua imam yang disebabkan perbezaan fahaman politik.
Ketika tinjauan, Sinar Harian mendapati ruang solat hampir penuh berikutan penduduk di taman perumahan mengambil peluang tersebut untuk menunaikan solat berjemaah pertama di surau berkenaan yang bermula semalam(20/04/2008).
Malah, Imam Nadzmi Abdul Karim mengalir airmata ketika mengimamkan solat dan sebaik saja selepas menunaikan solat zuhur seluruh jemaah melakukan sujud syukur. Nadzmi turut menyampaikan amanat kepada jemaah agar menjalankan aktiviti agama di surau berkenaan seperti biasa yang mana sebelum ini tertangguh seketika.
Ahli jawatankuasa surau Nasarudin Hasim, 38, yang ditemui
selepas menunaikan solat berkata, seluruh jemaah di seksyen 8 berasa gembira dengan pembukaan kembali surau itu selepas lapan bulan ditutup.
"Sememangnya ada sikit masalah antara pihak pengurusan surau dengan JAIS dan kami juga bertindak dengan menyaman mereka, bagaimanapun masalah itu telah diselesaikan dengan cara baik dan saman itu telah ditarik balik tanpa syarat.
"Saya rasa gembira selepas beberapa perbincangan dan rayuan dibuat akhirnya permintaan jemaah untuk surau beroperasi semula telah dibenarkan" katanya yang ditemui selepas selesai menunaikan solat.
Beliau berkata, ketika surau ini ditutup jemaah di kawasan berkenaan telah menumpang di beberapa surau lain bagi menunaikan solat dan ceramah agama.
Nasarudin berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengarahkan untuk surau ini beroperasi semula pada Jumaat lalu sebelum pengumuman dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hassan Ali, di satu majlis malam kelmarin.
Menurutnya, sebaik Dr Hassan mengesahkan pembukaan surau itu perasaan gembira sukar untuk digambarkan sebelum bertindak menghubungi jemaah lain untuk memaklumkannya.
Katanya, pihak pengurusan dan bersama penduduk akan mengadakan majlis kesyukuran bagi menyambut pembukaan semula surau itu. "Mulai hari ini (semalam) kami dapat melakukan aktiviti agama seperti biasa, jika dulu menumpang kini tidak lagi," katanya dengan perasaan gembira.



Sunday, April 20, 2008

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi akhirnya surau Ar Rahmah seksyen 8 Shah Alam yang ditutup oleh kaum-kaum yang berdarah biru pekat telah dibuka hari ini 13 Rabiulakhir 1429 ( 20/04/2008) dan telahpun diadakan sembahyang dzuhur berjemaah yg pertama sejak penutupannya yang hampir mencecah setahun......
Entah dari mana datangnya jemaah hari ini surau Ar Rahmah menerima kunjungan yg ramai untuk bersama-sama sembahyang dzuhur....
Apapun terima kasih kepada mereka mereka yang terlibat dan terbabit dalam usaha membuka semula surau Ar Rahmah seksyen 8 Shah Alam ini......
Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!!!!