Siapalah aku?Aku adalah aku yang tidak akan menjadi atau meniru orang lain...salah ke kalau aku buatan gombak?
semalam itu ILUSI. Waktu yg telah lepas. Esok itu FANTASI. Tidak tahu apa sebenarnya yg akan terjadi. Utamakan saat ini kerana saat ini adalah REALITI.

Ya Allah....sesungguhnya...Aku lemah tanpa petunjukMu...Aku buta tanpa bimbinganMu...Aku cacat tanpa hidayahMU...Aku hina tanpa rahmatMU...Ya Allah...Aku selalu membuat dosa...Aku sering melakukan kesalahan...dengan rahmatMu...engkau ampunkanlah dosa-dosaku...kuatkan hati dan semangatku...tabahkanlah aku menghadapi cubaanMu...bukalah hatiku untuk menghayati agamaMU...bimbinglah aku...Ya Allah....Hanya padaMu kupohon segala harapan...kerana aku pasrah dengan dugaanMU...kerana aku sedar hinanya aku...kerana aku hamba yang lemah yang sering keliru...kerana aku leka dengan keindahan duniaMu...kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMU...kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...Ya Allah....aku hanya ingin menjadi hamba yang di rahmati...hamba yang dikasihi...hamba yang soleh....Rabbanna atina fidunyia hassanah wafil akhiratti hassanah waqinna azabbannar........


KASUT AKU BUATAN GOMBAK,
AKU RASA IANYA LEBIH BAIK DARI
BUATAN LUAR NEGARA..
Dibuat di kilang
simpang tiga batu 6 Gombak.Nak beli sila call:0123456789

Saturday, March 31, 2007




Macam biasa tiap tahun, umat Islam kat negara kita akan menyambut hari sempena keputraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Macam-macam aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sampaila ke peringkat kebangsaan. Tu pun terpulang pada peruntukan "budget ciput" yang disediakan.


Dalam menentukan tarikh kelahiran Rasulullah saw, menurut apa yang dah aku baca kat library, ahli-ahli sejarah Islam berbeza pendapat. Pendapat pertama dan masyhur ialah Rasulullah saw lahir pada malam Isnin 12 Rabiulawal dalam Tahun Gajah sebelum subuh. Tu pendapat Ibnu Ishaq yang dipetik oleh Ibnu Hisham dalam kitabnya yang terkenal, Sirah Ibnu Hisham.

Pendapat yang kedua plak ialah pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah saw memang lahir pada malam Isnin, sebelum subuh Rabiulawal tahun Gajah tapi tarikh sebenarnya ialah pada 9 haribulan.




Diantara tokoh ulamak-ulamak yang sependapat mengatakan Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal ialah Yunus bin Yazid, Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi dan Ibnu Taimiyyah. Dan diantara tokoh-tokoh falak moden yang membuat kajian semula tentang perbezaan pendapat ini ialah Mahmud Pasya seorang ahli falak Mesir dan Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, Persatuan Falak Syarie Malaysia.

Dia orang ni kata Rasulullah saw lahir pada 9 Rabiulawal. Ini adalah berdasarkan kepada Taqwim Qamariah tulen tanpa Nasi'(bukan nasi yang hangpa dok telan tu tau.) dan dikebelakangkan 53 tahun dari tahun pertama Hijrah.
Didapati bulan kelahiran Rasulullah saw iaitu bulan Rabiulawal jatuh pada bulan April 571 M. Berdasarkan hitungan, Ijtimak berlaku pada 10 April 571M pada 8;21 UT. Menurut kaedah kebolehnampakan hilal, 1 Rabiulawal jatuh pada hari Ahad, 12 April 571M dan hari Isnin yang bertepatan adalah 9 Rabiulawal manakala 12 Rabiulawal jatuh pada hari Rabu. Tu la benda yang aku dok baca.


Dalil seterusnya yang mengatakan bahawa Rasulullah lahir pada 9 Rabiulawal ialah pada Isnin 9 Rabiulawal (20 April), fasa bulan adalah 64.4% dan bulan ghurub pada pukul 2:26 pagi. Apabila bulan ghurub awal maka langit ketika itu kelihatan cerah dengan bintang-bintang yang dapat dilihat lebih banyak kerana tiada gangguan cahaya bulan. Ini bertepatan dengan kisah kelahiran sewaktu dilahirkan Rasulullah saw bahawa sebelum subuh, langit adalah kelihatan sangat cerah dengan cahaya bintang-bintang yang bertaburan. Macamanapun, itu adalah pendapat individu tertentu dengan pengkajian mereka. Hangpa penin? Aku lagi penin.


Lepas ni mesti ada pihak lain yang buat kajian lebih lanjut dalam menetapkan tarikh kelahiran Rasulullah saw. Tapi kira ok le tu pasal kajian-kajian lanjut itu sebenarnya akan lebih memajukan lagi perkembangan ilmu Sejarah dan Falak. Malah tarikh-tarikh peristiwa penting Islam yang lain jugak wajar dibuat hitungan semula. Kita umat Islam di alaf baru sekarang dah banyak melahirkan ahli-ahli Sejarah Moden, Falak / Astronomi dan ahli-ahli Sains yang lain yang pastinya akan mengembang dan menyumbang kepada penguasaan ilmu pengetahuan kepada pembangunan ummah, InsyaAllah.


Sebenarnya sambutan Maulidur Rasul ni kita adakan ialah untuk nak kembalikan ingatan kita umat yang dah akhir zaman ni terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Bukan asyik nak nangis pasal AF je...tak de pekdah lanshung!! Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah. Tapi aku tengok sambutan kat Shah Alam tadi macam tak dak apa pun... hambar je... tak macam depa sambut merdeka ke.... sure kepoh ke... macam-macam ada..... ni orang yang turut sertapun tak ramai macam depa tengok bola kat stadium, tak dapek den nak nolongnya...

Tapi sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat, kira ok ler. Malah jika perisian sambutan tu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Aku rasa ada pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid'ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat tu tak tepatlah pasai upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat.

Diantara pembesar yang menganjurkan sambutan ini ialah Malik Muzhaffar Abu Sa'id penguasa Irbil, Iraq, hangpa kenai ka? Aku pun tak kenal. Dan seterusnya ia terus berkembang sehinggalah sekarang. Diantara ulamak besar yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul ini adalah harus dan digalakkan ialah:-


1. Said Ahmad Zaini Dahlan dalam kitabnya `Siratun Nabawiyah'. Antara lain beliau menyatakan bahawa; "masyarakat telah terbiasa berdiri tegak ketika mendengar riwayat kelahiran Rasulullah saw. Berdiri tegak menghormati kelahiran baginda adalah baik dan cara-cara seperti ini telah ditiru oleh cerdik cendikiawan lainnya."


2. Imam Jalaluddin As-Sayuti lebih jauh menerangkan dalam kitabnya `Al-Wasail Fi Syarhisy Syamail' , menyatakan; "Apabila diadakan peringatan Maulidur Rasul di sebuah rumah, masjid atau tempat lain maka malaikat mengawal dan mengawasi tempat tersebut sampai upacara selesai dan semua hadhirin mendapat rahmat dari Allah subhanahu wa taala."


3. Ust. Hj. Harun Muhammad Al-Kelantani (1953) dalam kitabnya Senjata Syariat, Pakaian Ahli Sunnah Wal Jamaah menyatakan bahawa "dapat pahala bagi orang yang berdiri yang adalah niat mereka membesarkan Nabi saw.



kitab-kitab ni amat bagus kalau kalian dapat membacanya.... bukan promo tapi saja untuk menambahkan ilmu. Agak payah gak nak cari, tp kalau nak seribu daya kan!?



So sekian dulu buat kali ini, mungkin coretan kali ini sedikit memboringkan tapi iNSaN KaMiL berasa sedikit puas hati kerana dapat memberitahu......


sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan.....

iNSaN KaMil

" sesungguhnya sebaik-baik kepimpinan Rasulullah s.a.w. kerana sentiasa berpandukan kepada wahyu, syariat dan petunjuk ALLAH SWT. Kita sebagai umat Muhammad s.a.w. bertanggungjawab pada menyumbang risalah dan perjuangan baginda untuk kebaikan seluruh umat manusia"