Siapalah aku?Aku adalah aku yang tidak akan menjadi atau meniru orang lain...salah ke kalau aku buatan gombak?
semalam itu ILUSI. Waktu yg telah lepas. Esok itu FANTASI. Tidak tahu apa sebenarnya yg akan terjadi. Utamakan saat ini kerana saat ini adalah REALITI.

Ya Allah....sesungguhnya...Aku lemah tanpa petunjukMu...Aku buta tanpa bimbinganMu...Aku cacat tanpa hidayahMU...Aku hina tanpa rahmatMU...Ya Allah...Aku selalu membuat dosa...Aku sering melakukan kesalahan...dengan rahmatMu...engkau ampunkanlah dosa-dosaku...kuatkan hati dan semangatku...tabahkanlah aku menghadapi cubaanMu...bukalah hatiku untuk menghayati agamaMU...bimbinglah aku...Ya Allah....Hanya padaMu kupohon segala harapan...kerana aku pasrah dengan dugaanMU...kerana aku sedar hinanya aku...kerana aku hamba yang lemah yang sering keliru...kerana aku leka dengan keindahan duniaMu...kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMU...kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...Ya Allah....aku hanya ingin menjadi hamba yang di rahmati...hamba yang dikasihi...hamba yang soleh....Rabbanna atina fidunyia hassanah wafil akhiratti hassanah waqinna azabbannar........


KASUT AKU BUATAN GOMBAK,
AKU RASA IANYA LEBIH BAIK DARI
BUATAN LUAR NEGARA..
Dibuat di kilang
simpang tiga batu 6 Gombak.Nak beli sila call:0123456789

Sunday, June 29, 2008

Dipetik dari blog Ibnu Zhaki

Hati menjadi semakin lunak untuk melihat kecelaan diri. Memang wajar, tiap ketika yang semakin melewati dan tatkala umur kita semakin meningkat, semakin terasa kuat ingin merendahkan diri dengan serendah-rendahnya.

Rasulullah s.a.w. adalah penghulu para sufi. Indah sungguh akhlak baginda tiada tertanding oleh sesiapa pun. Maka kita selaku umat baginda perlu untuk sentiasa menjadikan baginda tumpuan dan ikutan perdana. Kita dapat melihat pada diri kita sendiri, betapa jijik dan celanya kita jika tiada ilmu penyucian hati yang telah diajarkan baginda.

Berdirilah di mana kita berada sekarang. Pastikan jangan ada perasaan kibr itu walau sebesar mana pun. Bagi yang belum mencapai maqam mahfuz, kita pasti bakal melakukan kesalahan dan dosa. Mahu tidak mahu, proses penyucian hati ini sentiasa perlu dilakukan. Al-Quran, zikrullah dan selawat sebagai senjata penyucian yang utama.

'Ulama berkata; andaikata semua manusia ini telah berada pada tahap Saidina Abu Bakr r.a., pasti ALLAH s.w.t. mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Kita sentiasa tidak terlepas melakukan dosa dan kecelaan; di sinilah ALLAH s.w.t. men"tajalli"kan ( menyerlahkan, menunjukkan) sifat Maha Pengampun-Nya. Nabi s.a.w. pernah ditanya sahabat, apakah nasibnya andaikata dia melakukan dosa dan bertaubat dan kemudian melalukan dosa dan bertaubat lagi. Nabi menyatakan bahawa ALLAH akan tetap mengampunkan dosa -dosa tersebut selagi mana tidak mencapai dosa syirik. Namun, AWAS! Jangan kita terperangkap dalam belitan syaitan yang memesongkan kita dalam sifat al-Ghafur ALLAH s.w.t. Syaitan dan nafsu yang dicela akan sentiasa memerangkap kita dengan sentiasa menyuruh supaya dosa dilakukan, kerana perasaan risau tidak perlu wujud kerana dosa-dosa tersebut pasti diampunkan. Tidak, bukan ini yang dimaksudkan. Ini ialah belitan musuh-musuh jahannam tersebut. Kita sentiasa meletakkan azam tidak mahu melakukan dosa dan kelalaian. Setiap lintasan ke arah tersebut perlu kita tolak dengan sekuat-kuatnya. Namun, jika kita tetap tewas dan telah berada di luar kawalan, di sinilah kita perlu sujud dan menangis kepada ALLAH s.w.t. memohon maghfirah-Nya. Di sinilah kita sentiasa mengharapkan sifat Maha Pengampun-Nya yang Maha Hebat dan Maha Luas. Bukanlah dengan sifat ALLAH sedemikian kita sentiasa merancang dan berangan-berangan ingin melakukan dosa.

Imam Ghazali r.t. pernah menyatakan bahawa antara setinggi-tinggi kekufuran yang berlaku apabila seorang hamba melakukan dosa dan penderhakaan, dia melakukannya dengan ni'mat yang dikurniakan kepada ALLAH s.w.t. Inilah puncak kekufuran yang dilakukan hamba kepada ALLAH s.w.t.

Secara khulasahnya, perlu sentiasa kita meletakkan dalam hati kita perasaan gerun kita kepada ALLAH s.w.t. andaikata kita melakukan perkara-perkara yang dilarang-Nya. Peringkat demi peringkat, kikiskan dan buang sejauh-jauhnya perasaan kibr walau sebesar zarah. Nabi s.a.w. telah menyatakan bahawa insan yang punyai perasaan ini sebesar zarah sekalipun tidak akan memasuki syurga. Sentiasa sedar dan serlahkan ihanah (kehinaan) diri kita di hadapan ALLAH s.w.t. Lunakkan hati untuk sentiasa mabuk dalam sifat Maha Pengampun dan Maha Pengasih-Nya.

Susunan hamba yang sentiasa dikelilingi ma'siat dan dosa;
Mohd Ikhwan bin Ahmad Zhaki


Dengan rujukan kepada kuliah ruhaniyah bersama al-Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi Al-Makki rahimahullah ta'ala.

sumber:
http://ikhwanzhaki.blogspot.com/2008/06/muhasabah-diri.html

Wednesday, June 25, 2008

Sedihnya Aku.......

Hari ni aku betul2 rasa sedih........
niat baik aku disalahertikan........
salahkah aku?

Thursday, June 19, 2008

Doa pengampunan dosa....

Assalamualaikum kengkawan semua.....


Alhamdulillah bertemu lagi kita kali ini dan semoga kalian sentiasa berada dibawah lindungan Allah swt hendaknya......

Sudah sekian lama kiranya aku tidak menulis disini bukanlah kerana apa-apa.... cuma aku terlupa katalaluan aku.... dan setelah berusaha dengan berbagai usaha termasuklah bermunajat terhadapNya.... akhirnya.....dapat lak jugak aku mengingati semula kata laluan itu..... dgn kuasa Nya...... tak nak jadi macam Abby punya blog....kesian dia...kesian dia....terdelete blognye yang comel lote tu.... Buat masa ni rasanya tak ade ape yg nak aku celotehkan cuma nak hadiahkan kengkawan sedikit doa pengampunan dosa bagi membersihkan rohani kite.....


wassalam!





"Ya Allah. Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku hamba-Mu. Dan sentiasalah aku dalam genggaman-Mu dan ketetapan-Mu. Tiada kesanggupanku, aku akui nikmat-Mu atasku dan aku akui dosaku maka ampunilah dosa-dosaku kerana tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa itu melainkan Engkau. Aku berlindung diri kepada-Mu daripada kejahatan yang telah aku lakukan."