Siapalah aku?Aku adalah aku yang tidak akan menjadi atau meniru orang lain...salah ke kalau aku buatan gombak?
semalam itu ILUSI. Waktu yg telah lepas. Esok itu FANTASI. Tidak tahu apa sebenarnya yg akan terjadi. Utamakan saat ini kerana saat ini adalah REALITI.

Ya Allah....sesungguhnya...Aku lemah tanpa petunjukMu...Aku buta tanpa bimbinganMu...Aku cacat tanpa hidayahMU...Aku hina tanpa rahmatMU...Ya Allah...Aku selalu membuat dosa...Aku sering melakukan kesalahan...dengan rahmatMu...engkau ampunkanlah dosa-dosaku...kuatkan hati dan semangatku...tabahkanlah aku menghadapi cubaanMu...bukalah hatiku untuk menghayati agamaMU...bimbinglah aku...Ya Allah....Hanya padaMu kupohon segala harapan...kerana aku pasrah dengan dugaanMU...kerana aku sedar hinanya aku...kerana aku hamba yang lemah yang sering keliru...kerana aku leka dengan keindahan duniaMu...kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMU...kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...Ya Allah....aku hanya ingin menjadi hamba yang di rahmati...hamba yang dikasihi...hamba yang soleh....Rabbanna atina fidunyia hassanah wafil akhiratti hassanah waqinna azabbannar........


KASUT AKU BUATAN GOMBAK,
AKU RASA IANYA LEBIH BAIK DARI
BUATAN LUAR NEGARA..
Dibuat di kilang
simpang tiga batu 6 Gombak.Nak beli sila call:0123456789

Thursday, August 18, 2011

ISTIQAMAHKANLAH RINDUKU

Rinduku pada-Mu Tuhan tidak selalu berbunga,Ia datang sekali-sekala tapi selalu terputus, lama tidak juga,Cuma belum istiqamah saja. Aku harap rinduku pada-Mu tidak diputuskan,Walaupun cintaku pada-Mu selalu terputus,bukan aku sengajakan. Tapi bisikan-bisikan dunia yang selalu melalaikan. Aku tidak suka itu semua, tapi ia mengganggu juga, Setiap masa, aku cuba mengatasinya agar cintaku pada-Mu tidak terputus. Bantulah aku ya ALLAH mengatasinya. Agar rinduku pada-Mu sering berbunga, Maka cinta-Mu padaku berbunga pula.......Alangkah indahnya Engkau dan aku rindu-merindui...Agar selain-Mu tidak ada harganya................................sehingga kini, sehingga waktu ini, pendirian diri masih tetap dengan ke aku an ku sebagai seorang aku yang sentiasa berkelana mencari cari diri dari setiap ruang hidup sebagai seorang hambaMU ya Robb......

Wednesday, June 22, 2011


Aku tidak sesekali brtanya tentang qada' & qadar yg aku sendiri tidak berkuasa ke atasnya. Aku hanya menjalankan hidupku mengikut daya kemanusianku yg dikurniakan Allah. Apa pun ketentuan Allah, aku sangat yakin ia sentiasa yg terbaik. Aku tidak akan melepaskan kesedaranku kepadaNya walau sesaat pun kerana aku sentiasa memerlukan petunjuk dan kekuatan kurniaanNya. "Ya Allah aku mohon petunjuk dan kekuatan ya Allah....

Monday, May 16, 2011

Ya Allah Ya Tuhanku,
KAU tanamkanlah
kedalam jiwa ku rasa kasih sayang kepada iman dan jadikan ia perhiasan di dalam hatiku.
Jadikanlah aku dari golongan orang yang mendapat petunjuk.....
Ampunilah aku Ya Allah yang sering melupakanMU........