Siapalah aku?Aku adalah aku yang tidak akan menjadi atau meniru orang lain...salah ke kalau aku buatan gombak?
semalam itu ILUSI. Waktu yg telah lepas. Esok itu FANTASI. Tidak tahu apa sebenarnya yg akan terjadi. Utamakan saat ini kerana saat ini adalah REALITI.

Ya Allah....sesungguhnya...Aku lemah tanpa petunjukMu...Aku buta tanpa bimbinganMu...Aku cacat tanpa hidayahMU...Aku hina tanpa rahmatMU...Ya Allah...Aku selalu membuat dosa...Aku sering melakukan kesalahan...dengan rahmatMu...engkau ampunkanlah dosa-dosaku...kuatkan hati dan semangatku...tabahkanlah aku menghadapi cubaanMu...bukalah hatiku untuk menghayati agamaMU...bimbinglah aku...Ya Allah....Hanya padaMu kupohon segala harapan...kerana aku pasrah dengan dugaanMU...kerana aku sedar hinanya aku...kerana aku hamba yang lemah yang sering keliru...kerana aku leka dengan keindahan duniaMu...kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMU...kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...Ya Allah....aku hanya ingin menjadi hamba yang di rahmati...hamba yang dikasihi...hamba yang soleh....Rabbanna atina fidunyia hassanah wafil akhiratti hassanah waqinna azabbannar........


KASUT AKU BUATAN GOMBAK,
AKU RASA IANYA LEBIH BAIK DARI
BUATAN LUAR NEGARA..
Dibuat di kilang
simpang tiga batu 6 Gombak.Nak beli sila call:0123456789

Sunday, August 5, 2007

Apakah yang lebih sukar dari menulis?



Satu-satunya yang lebih sukar dari menulis adalah untuk mula menulis.
Itulah perkara yang sering aku alami. Tiba-tiba aku merasa tidak tahu apa yang nak aku tulis. Apa yang sedang terbentang di depan aku hanya ada selembar kertas putih atau layar monitor yang kosong, tanpa satu kata atau tulisan apa pun.
Mati idea, gaya, dan kata-kata. Buntu dan tidak tahu bagaimana mahu memulainya….
Kadangkala kata orang, menulis memang lebih susah dari apa pun. Lebih senang memasak, mengganti mentol lampu, memperbaiki basikal anak-anak, atau menampal tayar yang bocor. Tapi, menulis? Padahal menulis itu sebenarnya hanya masalah bagaimana memulainya saja. Kerana itu, sesetengah penulis akan menetapkan waktu tertentu untuk menulis dan memilih waktu di pagi hari untuk mulai menulis. Kenapa? Fikiran, idea, imaginasi, biasanya lebih terang pada saat itu.
Memang tidak ada cara jitu untuk menulis secara produktif. Ada begitu banyak teori. Dan, tiap orang ada gaya dan cara masing-masing, sesuai karakter, kebiasaan, dan sebagainya. Gaya aku mungkin tidak sesuai buat penulis lain, begitu juga sebaliknya.
Ada yang mungkin lebih senang menulis di malam hari, ketika suasana sepi, sehingga bebas berimaginasi. Atau barangkali ada yang lebih suka menulis di waktu pejabat untuk menghabiskan waktu lunch yang berbaki lagi.

Carilah kebiasaan anda sendiri, pilihlah gaya yang anda anggap sesuai. Selanjutnya biarkanlah imaginasi anda yang bergerak liar. Imaginasi itu akan datang melayang ketika anda sedang menulis, dan terus-terusan akan datang idea itu.
Yang penting, jangan sampai merasa” fedup,” menganggap menulis itu sukar. Menulis itu sebenarnya mudah jika kita tahu bagaimana untuk memulainya. Soal bagus atau tidak, itu tak kisah. Yang penting menulislah.
“Masalahnya, apa yang nak ditulis, Iqman?” Mungkin begitu kalian bertanya.
Banyak …. Ada ribuan persoalan, kejadian, pemandangan, perasaan, dan sebagainya, yang boleh menjadi bahan tulisan, kita. Dalam hidup ini, semua perkara boleh ditulis. Apa pun yang anda semua lihat, rasakan, dan dengar, boleh jadi bahan tulisan.
Misalnya begini. Suatu pagi anda bangun ketika hujan turun bak dicurahkan dari langit. Kebetulan, motor atau kereta anda buat hal tak mahu hidup injinnya. Atau tayarnya bocor. Padahal anda harus segera kepejabat kerana ada meeting dengan bos.
Anda terpaksa naik bas ke pejabat dengan bersesak-sesak. Situasi yang serba mendadak, tanpa peringatan, dan persiapan itu tentu saja boleh jadi bahan tulisan menarik. Ceritakanlah saja bagaimana kelam kabutnya rumah anda kalau hujan datang di pagi hari. Gambarkan kekesalan hati anda dengan kejadian yang melewatkan anda ke pejabat.
Cuba buat agar pembaca ikut merasakan betapa kelamkabutnya anda gara-gara hujan. Perhatian mereka boleh jadi akan berbuah komentar dan simpati … err naiknya traffic dan statistik blog, hehehe … dan aku...yang tadi tak tahu apa nak ditulis, telah menulis tentang apa perlu aku tulis jika tak tahu untuk memulakan menulis
...... ok gak kaannn!?

1 comments:

Ahmad Helmi Hj Yaakop said...

"Apakah yang lebih sukar dari menulis?" ... Mencari Kertas!
Tuu lagi susah, tak banyak kertas yang elok, kene carik 80gram, elok pakai Double A..