Siapalah aku?Aku adalah aku yang tidak akan menjadi atau meniru orang lain...salah ke kalau aku buatan gombak?
semalam itu ILUSI. Waktu yg telah lepas. Esok itu FANTASI. Tidak tahu apa sebenarnya yg akan terjadi. Utamakan saat ini kerana saat ini adalah REALITI.

Ya Allah....sesungguhnya...Aku lemah tanpa petunjukMu...Aku buta tanpa bimbinganMu...Aku cacat tanpa hidayahMU...Aku hina tanpa rahmatMU...Ya Allah...Aku selalu membuat dosa...Aku sering melakukan kesalahan...dengan rahmatMu...engkau ampunkanlah dosa-dosaku...kuatkan hati dan semangatku...tabahkanlah aku menghadapi cubaanMu...bukalah hatiku untuk menghayati agamaMU...bimbinglah aku...Ya Allah....Hanya padaMu kupohon segala harapan...kerana aku pasrah dengan dugaanMU...kerana aku sedar hinanya aku...kerana aku hamba yang lemah yang sering keliru...kerana aku leka dengan keindahan duniaMu...kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMU...kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...Ya Allah....aku hanya ingin menjadi hamba yang di rahmati...hamba yang dikasihi...hamba yang soleh....Rabbanna atina fidunyia hassanah wafil akhiratti hassanah waqinna azabbannar........


KASUT AKU BUATAN GOMBAK,
AKU RASA IANYA LEBIH BAIK DARI
BUATAN LUAR NEGARA..
Dibuat di kilang
simpang tiga batu 6 Gombak.Nak beli sila call:0123456789

Monday, August 17, 2009

PELABURAN YANG MUDAH DAN MURAH

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a -
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan
"Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur .
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat -
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran -
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3kali.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari -
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "saya sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda -
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati
"Ya, Allah cuci otak ku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif".

Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8)Berpuasa -
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan -
jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

CUBALAH!!!

...wallahua'lam...

1 comments:

Yenna said...

erm.. betul3x...
mmg susah utk kita lakukan tuh sema...
ape yg penting...!!!

SABAR dan IKHLAS....
itulah ISLAM.. insyaallah...
DIA sentiasa bersama kita.. amin..