Siapalah aku?Aku adalah aku yang tidak akan menjadi atau meniru orang lain...salah ke kalau aku buatan gombak?
semalam itu ILUSI. Waktu yg telah lepas. Esok itu FANTASI. Tidak tahu apa sebenarnya yg akan terjadi. Utamakan saat ini kerana saat ini adalah REALITI.

Ya Allah....sesungguhnya...Aku lemah tanpa petunjukMu...Aku buta tanpa bimbinganMu...Aku cacat tanpa hidayahMU...Aku hina tanpa rahmatMU...Ya Allah...Aku selalu membuat dosa...Aku sering melakukan kesalahan...dengan rahmatMu...engkau ampunkanlah dosa-dosaku...kuatkan hati dan semangatku...tabahkanlah aku menghadapi cubaanMu...bukalah hatiku untuk menghayati agamaMU...bimbinglah aku...Ya Allah....Hanya padaMu kupohon segala harapan...kerana aku pasrah dengan dugaanMU...kerana aku sedar hinanya aku...kerana aku hamba yang lemah yang sering keliru...kerana aku leka dengan keindahan duniaMu...kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMU...kerana pendek akalku mengharungi ujianMu...Ya Allah....aku hanya ingin menjadi hamba yang di rahmati...hamba yang dikasihi...hamba yang soleh....Rabbanna atina fidunyia hassanah wafil akhiratti hassanah waqinna azabbannar........


KASUT AKU BUATAN GOMBAK,
AKU RASA IANYA LEBIH BAIK DARI
BUATAN LUAR NEGARA..
Dibuat di kilang
simpang tiga batu 6 Gombak.Nak beli sila call:0123456789

Saturday, August 15, 2009

Andai ku tahu......

12hb. Ogos, 2009....

Seperti biasa aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja aku pagi itu. Entah kenapa pagi itu perasaan malas menerpa diriku hari tiu. Rasa malas betul nak gi kerja. Mungkin kerana aku telah bercuti 5hari sebelum itu.

Pagi itu hujan lebat, setelah menunggu beberapa ketika, jam 9.00am, hujan berhenti. Pagi tu aku tukar motor aku dgn anakku kerana pada sebelah petangnya aku nak perbaiki sedikit kerosakan pada motornya.

Aku menunggang dengan berhati-hati, setibanya aku di satu selekoh dijalan kelab golf berhadapan dengan bangunan rozali(syabas) tiba-tiba aku terasa badanku terseret atas jalanraya....ya allah! aku dan motor terjatuh rupanya....dalam pada itu aku terdengar seperti sesuatu membrek dibelakang ku, aku dengan segera menggulingkan badanku ketepi 'divider' kerana bimbang kenderaan dibelakang ku merempuhku.

Ya Allah! rupanya sebuah lagi motorsikal RXZ juga terjatuh mungkin kerana mengelakkan aku yang terjatuh mula-mula tadi, dan........sebuah proton wira juga telah merempuh motorsikal itu.

Aku terasa sakit di bahu dan lutut ku, ada sebuah kereta kembara memberhentikan kereta beliau dan menawarkan diri untuk menghantar kami ke klinik berdekatan...
Aku menolak bantuan itu kerana aku rasa masih boleh pulang sendiri kerumahku...mamat yg bawak RXZ tu kemudian dibawa ke klinik kerana melihat keadaan beliau lebih parah dariku.

Aku buat pemeriksaan di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) dan doktor mendapati tulang bahu ku retak dan sendiku renggang sebanyak 5cm......
Aduh....bercutilah aku untuk beberapa lama.......... terharu gak kawan-kawan hantar "fruit basket" kat umah....terima kasih semua.


alhamdulillah tuhan itu masih memberi aku peluang untuk beribadah kepadaNya.......






1 comments:

ms_destinee said...

Sabar ye Iqbaal.. Semuanya dugaan Allah.. Memang betul kata Iqbaal, kalau semua kita tahu, susah juga kan...

Sbnrnya ada hikmahnya tukar motor dgn anak Iqbaal kan.

Hmmmm... apapun sy dan kawan2 doakan Iqbaal cepat sembuh. Amiiinnn...