It's a ...NEW STYLE
It is an ... ACCiDENT
It is a ... MiSTAKE
Posted by IqMaN at 1:41 AM 1 comments
Labels: MISTAKE
Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..
Dirujuk persoalan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah "Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.
Aku sentiasa terganggu dengan persoalan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.
Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, menghalang langkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar di rumah. Maghrib itu membuka persoalan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoalan yang sering bermain dijiwaku.
Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit terganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah "Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..
Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini! Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku. Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..
Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah swt Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoalan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat melanggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah....
Posted by IqMaN at 12:36 AM 0 comments
Labels: *sudah sekian kalinya..... dalam solat ku temuinya...
Posted by IqMaN at 9:44 AM 0 comments
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan
bahawa kita masih hidup !
Posted by IqMaN at 8:29 AM 0 comments
Posted by IqMaN at 12:52 PM 0 comments
Golongan Yang Menyembah Selain daripada Allah swt
Tidak ada sesiapa pun yang lebih malang daripada mereka yang kerugian di dunia dan juga di akhirat dan mereka ini ialah golongan yang menyembah selain daripada Allah swt lalu kehinaan menjadi milik mereka di dunia dan di akhirat. Di akhirat kelak apa-apa yang telah disembah oleh golongan yang malang ini akan berlepas diri daripada mereka.Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya :“Berkatalah orang-orang yang telah tetap hukuman ke atas mereka; "Ya Tuhan Kami, mereka Inilah orang-orang yang Kami sesatkan itu; Kami telah menyesatkan mereka sebagaimana Kami (sendiri) sesat, Kami menyatakan berlepas diri (dari mereka) kepada Engkau, mereka sekali-kali tidak menyembah kami". (Al-Qasas : 63)Termasuk mereka ini sebahagian daripada kepala-kepala thaghut apabila mereka menyembah selain daripada Allah swt dan mengambil sesuatu selain daripada Allah sebagai sembahan mereka dan mentaatinya baik secara sukarela atau pun kerana dipaksa.
Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya :“Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) Allah menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain daripada Allah, lalu Allah berkata (kepada yang disembah); "Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hamba-Ku itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?". (Furqan : 17)“Mereka (yang disembah itu) menjawab: "Maha suci Engkau, tidaklah patut bagi Kami mengambil selain Engkau (untuk jadi) pelindung, akan tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapak-bapak mereka kenikmatan hidup, sampai mereka lupa mengingati (Engkau); dan mereka adalah kaum yang binasa". (Al-Furqan : 18)
Disebutkan oleh sebahagian ulama bahawa yang dimaksudkan ialah mereka akan dikumpulkan bersama-sama apa yang mereka sembah, iaitu: malaikat, Uzair, Nabi Isa a.s dan berhala-berhala dan setelah Tuhan menanyakan kepada yang disembah itu, Apakah mereka yang menyesatkan orang-orang itu ataukah orang- orang itu sendiri yang sesat, Maka yang disembah itu menjawab bahawa tidaklah patut bagi mereka itu sendiri untuk menyembah selain daripada Allah, apatah lagi untuk menyuruh orang lain menyembah selain Allah swt.Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya :“Katakanlah: "Wahai ahli Kitab, Marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara Kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah". jika mereka berpaling Maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahawa Kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". (Ali-Imran : 64).
Hakikatnya pada hari ini manusia ramai sekali yang menyembah dan tunduk sujud kepada selain Allah swt tetapi mereka tidak mengakuinya sebaliknya mengatakan apa yang mereka lakukan tidak lebih daripada sekadar usaha mereka mendekatkan diri kepada Allah swt.Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya :“ Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan Kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat engkar.” (Az-Zumar : 3)
Sebahagian yang lain pula mungkin akan mengatakan kami tidak pun menyembah sesiapa pun, sebaliknya kami tunduk dan ruku’ serta patuh kepada peraturan yang sudah dipakaikan ke tengkuk kami sebelum kami lahir yang telah dipegang oleh orang-orang tua kami. Kami ditanamkan mesti patuh kepada sistem yang ada demi menjaga keharmonian masyarakat, demi kemakmuran dan demi keselesaan serta kebaikan itu ialah apa yang telah diajarkan kepada kami.Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya :“ (Kepada Malaikat diperintahkan): "Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka dan sembahan-sembahan yang selalu mereka sembah.” (As-Shoffat : 22)
Di atas nama disiplin seorang bawahan dibasuh supaya mentaati orang atasan tanpa persoalan dan di atas nama keselamatan dan keharmonian maka rakyat dipupuk mengikuti peraturan yang telah ditetapkan kepada mereka manakala pihak atasan dan orang-orang yang berkuasa berlumba-lumba menyamun dan merompak serta melanggar segala batasan dan had demi kepuasan hawa nafsu mereka lalu menjadilah mereka sebagai thaghut yang tersenarai di dalam kitab Allah swt.Allah swt berfirman di dalam Al-Qur’an dengan maksudnya :“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipersoalkan.” (Al-Israa : 36)
Segala puji hanyalah bagi Allah swt
Posted by IqMaN at 2:23 PM 0 comments
Labels: *By Ustaz Emran
Satu-satunya yang lebih sukar dari menulis adalah untuk mula menulis.
Itulah perkara yang sering aku alami. Tiba-tiba aku merasa tidak tahu apa yang nak aku tulis. Apa yang sedang terbentang di depan aku hanya ada selembar kertas putih atau layar monitor yang kosong, tanpa satu kata atau tulisan apa pun.
Mati idea, gaya, dan kata-kata. Buntu dan tidak tahu bagaimana mahu memulainya….
Kadangkala kata orang, menulis memang lebih susah dari apa pun. Lebih senang memasak, mengganti mentol lampu, memperbaiki basikal anak-anak, atau menampal tayar yang bocor. Tapi, menulis? Padahal menulis itu sebenarnya hanya masalah bagaimana memulainya saja. Kerana itu, sesetengah penulis akan menetapkan waktu tertentu untuk menulis dan memilih waktu di pagi hari untuk mulai menulis. Kenapa? Fikiran, idea, imaginasi, biasanya lebih terang pada saat itu.
Memang tidak ada cara jitu untuk menulis secara produktif. Ada begitu banyak teori. Dan, tiap orang ada gaya dan cara masing-masing, sesuai karakter, kebiasaan, dan sebagainya. Gaya aku mungkin tidak sesuai buat penulis lain, begitu juga sebaliknya.
Ada yang mungkin lebih senang menulis di malam hari, ketika suasana sepi, sehingga bebas berimaginasi. Atau barangkali ada yang lebih suka menulis di waktu pejabat untuk menghabiskan waktu lunch yang berbaki lagi.
Carilah kebiasaan anda sendiri, pilihlah gaya yang anda anggap sesuai. Selanjutnya biarkanlah imaginasi anda yang bergerak liar. Imaginasi itu akan datang melayang ketika anda sedang menulis, dan terus-terusan akan datang idea itu.
Yang penting, jangan sampai merasa” fedup,” menganggap menulis itu sukar. Menulis itu sebenarnya mudah jika kita tahu bagaimana untuk memulainya. Soal bagus atau tidak, itu tak kisah. Yang penting menulislah.
“Masalahnya, apa yang nak ditulis, Iqman?” Mungkin begitu kalian bertanya.
Banyak …. Ada ribuan persoalan, kejadian, pemandangan, perasaan, dan sebagainya, yang boleh menjadi bahan tulisan, kita. Dalam hidup ini, semua perkara boleh ditulis. Apa pun yang anda semua lihat, rasakan, dan dengar, boleh jadi bahan tulisan.
Misalnya begini. Suatu pagi anda bangun ketika hujan turun bak dicurahkan dari langit. Kebetulan, motor atau kereta anda buat hal tak mahu hidup injinnya. Atau tayarnya bocor. Padahal anda harus segera kepejabat kerana ada meeting dengan bos.
Anda terpaksa naik bas ke pejabat dengan bersesak-sesak. Situasi yang serba mendadak, tanpa peringatan, dan persiapan itu tentu saja boleh jadi bahan tulisan menarik. Ceritakanlah saja bagaimana kelam kabutnya rumah anda kalau hujan datang di pagi hari. Gambarkan kekesalan hati anda dengan kejadian yang melewatkan anda ke pejabat.
Cuba buat agar pembaca ikut merasakan betapa kelamkabutnya anda gara-gara hujan. Perhatian mereka boleh jadi akan berbuah komentar dan simpati … err naiknya traffic dan statistik blog, hehehe … dan aku...yang tadi tak tahu apa nak ditulis, telah menulis tentang apa perlu aku tulis jika tak tahu untuk memulakan menulis...... ok gak kaannn!?
Posted by IqMaN at 4:33 PM 1 comments
Labels: susahnya nak mula menulis...
Mata itu indah
Teduh damai bertahta
Tiada takut akan luka
Hingga airamata itu tak tumpah
Ku tahu kau menahan jutaan rasa
Rasa yang cuba kau beri padaku
Namun tiada daya untuk kau kata
Dan membuat aku diam terpaku
Kau telah ukir jutaan kisah
Lama menanti akan hari indah
Kala sang fajar menerpa
Wajahmu yang akan merona merah
Ada kala saat kau tak kuasa
Menyimpan begitu banyak luka
Namun aku juga mengerti
Bahwa kau kan tetap akur dan setia
Aku pun tahu hatimu menyimpan jutaan beban
Dan aku pun tahu kau tetap akan bertahan
Kerana hati mu tulus dan ikhlas untuk
Amanat diri yang kau genggam
Ku hanya ingin kau sedari
Bahwa aku ada disini untuk memahami kesedihan ini
Dan agar kau pun tahu yang aku ambil peduli
Untukmu , ku percaya, hari ini akan berganti
Masa itu akan kembali
Masa saat ia masih peduli
Akan segala beban hati
Untuk mu aku akan tetap ada disisi
Untuk mu aku akan diam bersama
Disudut ruang hati mu yang luas
Menanti saat bahagia
Posted by IqMaN at 2:01 AM 0 comments
Labels: Aku jua mengerti...
Bandingkan dua buah cermin. Dibuat pada waktu yang sama, ditempatkan di tempat yang sama, bahkan menerima pencahayaan dan suhu udara yang sama. Yang membezakan hanyalah dua orang manusia yang memilikinya.
Yang pertama, malas sekali membersihkannya. Setiap ada setitik debu menempel di cermin, dia biarkan. Bahkan titisan tinta yang mengenai cermin pun dia enggan membersihkannya. Dia sama sekali tidak pernah mahu mencuci, atau menggosok cermin kesayangannya itu dengan kain bersih atau air bersih. Segala noda dia biarkan menempel di cermin.
Awalnya titisan tinta itu mungkin hanya setitik, dua titik, lalu tiga titik, hingga selanjutnya mengendap menjadi gumpalan tinta yang sudah mengering di permukaan cermin, sehinggakan, si pemiliknya sendiri tidak dapat mencermin dirinya sendiri. Dia tidak bisa melihat apakah dirinya baik, atau jelek, saat berdiri di depan cermin. Lama-lama, titisan-titisan tinta itu pun menjadi karat. Dan cermin sudah tidak berfungsi baik lagi. Bahkan, kadang-kadang, kerana telah ternodai oleh gumpakan tinta yang mengarat, cermin yang memantulkan kebaikan menjadi kejelekan, atau kejelekan menjadi kebaikan. Karena sudah mengarat, cermin pun susah untuk dibersihkan...
Yang kedua, merawat cerminnya dengan baik. Setiap ada setitik titisan tinta, meskipun sedikit, dia terus membersihkannya. Menggosoknyanya dengan lap dan air yang bersih. Sehingga cermin setiap harinya selalu jernih, mampu memberinya pengetahuan tentang sebaik/seburuk apa dirinya jika berdiri di depan cermin tersebut. Sehingga cermin bisa membuatnya selalu mengesan setiap kesalahan dalam penampilannya.
Rajin-rajinlah membersihkan hati kita... Kerana jika tidak, nescaya dosa-dosa itu semakin lama akan semakin bertompok dan menutupi cahayanya. Yang lebih menakutkan, noda-noda dosa itu bisa membolak balikkan fakta. Yang benar jadi batil, yang batil jadi benar. Naudzubillah...
Setiap hari.. carilah pengampunanNya. Istighfar.bukan hanya di mulut saja. Namun penyesalan terdalam akan semua kehilapan yang kita lakukan. Setiap dosa adalah bahaya. Meski sepatah kata atau sekelebat lirikan mata, itu awal dari noda yang bisa menjadi karat jika tidak cepat-cepat dibersihkan.
Ada pepatah, "Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada berguna" Intropeksi diri.beristighfar setiap waktu adalah lebih baik daripada terlanjur melakukan kekhilafan. Allah memang Maha penerima taubat, tapi urusan kita adalah untuk selalu menjaga diri dari dosa.
Wallahu a'lam.
ikhlas,
iNSaN KaMiL
Posted by IqMaN at 11:47 PM 0 comments
Labels: *hati kita ibarat cermin